Sunday, December 28, 2008

Selamat Menyambut 1 Muharram, 1430 Hijrah...

Salam, sahabat..............
hari ini sudah 1 Muharram, 1430 Hijrah....
Alhamdullilah............
tanamkan azam dan semangat baru tahun ini..........
semoga tahun ini kita lalui dengan melakukan kebajikan dan kebaikan yang lebih baik dan lebih banyak lagi................
tahu tak? ari ni baru ku sampai ke kolej, harap ada sambutan 1 Muharram macam sesi 07/08 dulu tetapi sedih sebab tak ada..................tetapi tak apalah sebab still bertemu dengan beberapa org shbt jg......................
satu lagi, walaupun diriku dah ada di kolej, namun hatiku still pada bondaku yang tercinta.....
hati sahabat pula macam mana?
apa pun, ku sedar bahawa ku perlu teruskan perjuangan dan tuntut ilmu di sini....
semoga tahun ini,1430 Hijrah mendekatkan sahabat dan diriku juga kepada ALLAH S.W.T. , InsyaALLAH....

Friday, December 26, 2008

Kehidupan Manusia Di Luar jangkaan Selalu...

Pernah tak anda terfikir bahawa mengapa kehidupan setiap individu itu berbeza selalu?
Ada yang kaya, miskin, bersosial banyak, kurang bersosial, sederhana bersosial, dan sebagainya...

Entahlah....nak kata diri saya ni baik sebab x berapa bersosial juga tak boleh sebab ilmu agama saya masih kurang sama ada fardhu ain mahupun fardhu kifayah........

Tetapi yang menghairankan saya adalah bagaimana seseorang yang diberikan ALLAH peluang untuk menyebut kalimah-kalimah ALLAH (membaca Al-Quran) dengan tajwid dan cara yang betul yang mana mereka ketahuinya......boleh melakukan maksiat sedangkan mereka ketahui hukumnya................maksiat yang saya maksudkan adalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta kurangnya keprihatinan mereka tersebut terhadap keadaan sekeliling.......

Jika anda nak ketahui, saya tak berapa mahir membaca Al-Quran dengan tajwid dan hukum yang betul...menyesal juga sebab masa kecil dulu tak fokus sangat bila belajar mengaji dengan Usataz dan Usatazah yang pernah ajar saya dulu....

Jadi, saya cemburu pada sahabat-sahabat yang dapat membaca Al-Quran dengan lancar serta tahu membacanya berdasarkan tajwid serta hukum yang betul...
Mana taknya? Kamu mendapat pahala membaca Al-Quran dan dengan cara membaca Al-Quran juga kamu akan dapat mendekati ALLAH dengan lebih mudah sebab dapat menyebut kalimah-kalimah ALLAH.....dan dengan membacanya juga,dosa-dosa kamu di ampunkan ALLAH.....

Cuba lihat diriku, ku ni tak mahir baca Al-Quran dengan tajwid dan hukum yang betul, lepas itu banyak dosa pula.....dan ku ada kekurangan yang amat besar dalam diriku sebab tidak dapat menyebut kalimah-kalimah ALLAH yang indah dalam Al-Quran seperti anda......
Bukankah anda boleh ambil pengajaran daripada diriku ini dan seharusnya anda bersyukur kerana ALLAH telah berikan kamu keistimewaan untuk menyebut kalimah-kalimah dalam Al-Quran dengan cara yang betul........

Jadi, mengapa harus anda melakukan maksiat atau sesuatu kemungkaran yang mana anda sedia maklum tentang dosa dan pahala bukan? Jika anda kerjakan amal soleh serta kebaikan juga amalkan cara bersosial yang disarankan dan diajar dalam agama, bukankah anda akan lebih disayangi ALLAH kerana kamu sudah disayangi ALLAH kerana dapat membaca Al-Quran dengan bacaan yang betul.....diriku pula mempunyai kekurangan daripada segi membaca Al-Quran........

Mungkin ada orang kata ' tak ada life' jika kita tak keluar bersosial atau bergaul dengan bukan mahram sama ada lelaki mahupun perempuan tanpa urusan penting@kerja............tetapi cuba kita berfikir sejenak apakah erti 'life' yang sebenar dalam hidup kita......serta bagaimana susah dan payah yang telah diharungi oleh Rasullullah S.A.W. , para sahabat, dan juga pejuang Islam yang lain yang telah menyebarkan agama Islam juga syiar Islam di muka bumi ini..........adakah kita benar-benar menghargai akan usaha mereka demi agar kehidupan kaum muslimin dan muslimat lebih di rahmati dan dekat dengan ALLAH ?...............

Sekiranya kata-kata saya telah menyinggung perasaan anda, saya memohon maaf dan saya berharap agar anda@sahabat dapat berfikir sejenak tentang perkara tersebut.......
Salam.....

Thursday, December 25, 2008

Mengapa ku pilih "Musafir Dunia" ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman2x dan pelawat blogku

Entahlah, tiba-tiba semalam ku ingin cuba create blog sendiri atas sebab ingin share pandangan serta sebarkan maklumat yang serba sedikit ku ketahui kepada sahabat serta pengunjung blogku...

Ku memilih nama blogku as "Musafir Dunia" kerana saban kali dalam fikiranku wujud perasaan bahawa ku ini sangat asing tentang dunia ciptaan ALLAH ini.....
banyak benda yang ku pelajari saban waktu selagi hayat masih ada di dunia ini......
kadang-kadang ku belajar serta faham akan dunia ini secara langsung dan tidak langsung.....
jadi, ku terasa diriku ibarat musafir di dunia ini........

Alhamdulillah, ku berjaya juga ada blog sendiri dan moga-moga blog ini memberi manfaat kepada saudari dan saudara yang melawatinya walaupun mungkin info dlm blog saya biasa sahaja....jika ada cadangan atau pandangan,boleh dikongsi dlm shoutbox yang tersedia.....
Terima Kasih kerana mengunjungi blog ini.