Friday, December 26, 2008

Kehidupan Manusia Di Luar jangkaan Selalu...

Pernah tak anda terfikir bahawa mengapa kehidupan setiap individu itu berbeza selalu?
Ada yang kaya, miskin, bersosial banyak, kurang bersosial, sederhana bersosial, dan sebagainya...

Entahlah....nak kata diri saya ni baik sebab x berapa bersosial juga tak boleh sebab ilmu agama saya masih kurang sama ada fardhu ain mahupun fardhu kifayah........

Tetapi yang menghairankan saya adalah bagaimana seseorang yang diberikan ALLAH peluang untuk menyebut kalimah-kalimah ALLAH (membaca Al-Quran) dengan tajwid dan cara yang betul yang mana mereka ketahuinya......boleh melakukan maksiat sedangkan mereka ketahui hukumnya................maksiat yang saya maksudkan adalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan serta kurangnya keprihatinan mereka tersebut terhadap keadaan sekeliling.......

Jika anda nak ketahui, saya tak berapa mahir membaca Al-Quran dengan tajwid dan hukum yang betul...menyesal juga sebab masa kecil dulu tak fokus sangat bila belajar mengaji dengan Usataz dan Usatazah yang pernah ajar saya dulu....

Jadi, saya cemburu pada sahabat-sahabat yang dapat membaca Al-Quran dengan lancar serta tahu membacanya berdasarkan tajwid serta hukum yang betul...
Mana taknya? Kamu mendapat pahala membaca Al-Quran dan dengan cara membaca Al-Quran juga kamu akan dapat mendekati ALLAH dengan lebih mudah sebab dapat menyebut kalimah-kalimah ALLAH.....dan dengan membacanya juga,dosa-dosa kamu di ampunkan ALLAH.....

Cuba lihat diriku, ku ni tak mahir baca Al-Quran dengan tajwid dan hukum yang betul, lepas itu banyak dosa pula.....dan ku ada kekurangan yang amat besar dalam diriku sebab tidak dapat menyebut kalimah-kalimah ALLAH yang indah dalam Al-Quran seperti anda......
Bukankah anda boleh ambil pengajaran daripada diriku ini dan seharusnya anda bersyukur kerana ALLAH telah berikan kamu keistimewaan untuk menyebut kalimah-kalimah dalam Al-Quran dengan cara yang betul........

Jadi, mengapa harus anda melakukan maksiat atau sesuatu kemungkaran yang mana anda sedia maklum tentang dosa dan pahala bukan? Jika anda kerjakan amal soleh serta kebaikan juga amalkan cara bersosial yang disarankan dan diajar dalam agama, bukankah anda akan lebih disayangi ALLAH kerana kamu sudah disayangi ALLAH kerana dapat membaca Al-Quran dengan bacaan yang betul.....diriku pula mempunyai kekurangan daripada segi membaca Al-Quran........

Mungkin ada orang kata ' tak ada life' jika kita tak keluar bersosial atau bergaul dengan bukan mahram sama ada lelaki mahupun perempuan tanpa urusan penting@kerja............tetapi cuba kita berfikir sejenak apakah erti 'life' yang sebenar dalam hidup kita......serta bagaimana susah dan payah yang telah diharungi oleh Rasullullah S.A.W. , para sahabat, dan juga pejuang Islam yang lain yang telah menyebarkan agama Islam juga syiar Islam di muka bumi ini..........adakah kita benar-benar menghargai akan usaha mereka demi agar kehidupan kaum muslimin dan muslimat lebih di rahmati dan dekat dengan ALLAH ?...............

Sekiranya kata-kata saya telah menyinggung perasaan anda, saya memohon maaf dan saya berharap agar anda@sahabat dapat berfikir sejenak tentang perkara tersebut.......
Salam.....

No comments:

Post a Comment