Thursday, December 25, 2008

Mengapa ku pilih "Musafir Dunia" ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman2x dan pelawat blogku

Entahlah, tiba-tiba semalam ku ingin cuba create blog sendiri atas sebab ingin share pandangan serta sebarkan maklumat yang serba sedikit ku ketahui kepada sahabat serta pengunjung blogku...

Ku memilih nama blogku as "Musafir Dunia" kerana saban kali dalam fikiranku wujud perasaan bahawa ku ini sangat asing tentang dunia ciptaan ALLAH ini.....
banyak benda yang ku pelajari saban waktu selagi hayat masih ada di dunia ini......
kadang-kadang ku belajar serta faham akan dunia ini secara langsung dan tidak langsung.....
jadi, ku terasa diriku ibarat musafir di dunia ini........

Alhamdulillah, ku berjaya juga ada blog sendiri dan moga-moga blog ini memberi manfaat kepada saudari dan saudara yang melawatinya walaupun mungkin info dlm blog saya biasa sahaja....jika ada cadangan atau pandangan,boleh dikongsi dlm shoutbox yang tersedia.....
Terima Kasih kerana mengunjungi blog ini.

No comments:

Post a Comment